KUALA LUMPUR: Kualiti udara di kebanyakan kawasan di seluruh negara mencatatkan tahap kualiti sederhana pagi ini, demikian menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS).Bacaan terkini Indeks Pencemar Udara (IPU) sehingga jam 11 pagi menunjukkan sebanyak 59 peratus atau 29 daripada 49 kawasan yang dipantau di seluruh negara mencatatkan tahap kualiti udara sederhana.
Sejumlah 20 kawasan lagi mencatatkan kualiti udara sihat termasuk Muar, Johor (44), Langkawi, kedah (28), Kg Air Putih, Taiping, perak (35) dan Seberang Jaya 2, Perai di Pulau Pinang (31). Kawasan yang mencatatkan kualiti udara sederhana antaranya Bukit Rambai, Melaka (73), Port Dickson, Negeri Sembilan (76), Sibu, Sabah (75), Pelabuhan Klang, Selangor (93) dan Samarahan, Sarawak (95). - Bernama
~ SELAMAT DATANG ,
MYSPACE TUNAI KINI SEMAKIN MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT!!!~
Salam sejahtera dan terima kasih saya ucapkan kepada semua sahabat myspace,friendster,blog, tagged,facebook dan lain-lain yang melayari web ini pasti akan membuka mata seluasnya.saya dengan berbesar hati menjemput anda menyertai satu program menjana pendapatan walaupun anda seorang pelajar sekolah dan tidak tahu tentang internet langsung.Cepat sertai kami.Rebut peluang anda sekarang juga.Ramai yang sudah berjaya buat duit dengan MyspaceTunai.Lihat betapa hebatnya MyspaceTunai,tidak sampai tiga bulan,ahli Myspace tunai KINI Mencecah angka 2500!!WOW!!
Pernahkah anda terfikir sudah berapa lama anda berchatting dan bermain video game?Berapa banyak pendapatan yang anda sudah kecapi sambil berchatting?Tiada satu sen pun anda dapat daripada itu?TERBARU!!Sebentar saja lagi anda akan didedahkan dengan teknik buat duit paling senang yang pernah anda temui!!Percaya atau tidak anda mesti terkejut apabila saya katakan hanya dengan berchatting di myspace, friendster, blog,tagged dan lain-lain boleh menjana pendapatan dari rumah atau hanya duduk didepan komputer lebih RM50-RM300 sehari!!wOw BeTul ke??!!kalau x percaya..korang hanya klik jer kat banner bawah nibanyak lagi maklumat yang korang perlu baca..untuk yang masih lagi baru dalam bidang ni..korang hanya perlu daftar bawah sayer..dan sayer akan bagi kat korang top up 5 ringgit secara percuma kepada korang untuk korang promosi link korang kepada member2 korang k..
Isnin, 3 Ogos 2009
16 Penyokong GMI Didakwa

KUALA LUMPUR: Seramai 16 orang termasuk lima wanita penyokong Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyertai perhimpunan haram di sini Sabtu lalu.
Selain itu, 13 orang lain termasuk seorang remaja bawah umur turut mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas tuduhan membantu GMI dengan membekalkan baju T dan topi untuk pertubuhan haram itu.
Mereka yang didakwa menyertai perhimpunan haram itu berusia antara 30 hingga 60 tahun dan wanita berkenaan ialah Hayati Abdul Samad, Salmah Ismail, Norlaila Othman, Rashini (tiada nama penuh) dan Nashita Md Noor.
Lelaki itu ialah Nordin Ahmad, Hasbullah (tiada nama penuh), Wan Muhd Jaslan, Mohd Fitri Mohd Yasin, Syaza Muaz Shahaudin, Mohd Sukri Mohd Sirat, Mohd Sukeri Muhammad, Norazam Salaib, Mohd Sallehuddin Yusof, Mohd Fazlly Mohd Ismail dan Zul Sifli Kamma Kutti.
Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sekitar kawasan Masjid Negara di sini antara 9 pagi hingga 1.30 petang, 1 Ogos lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Kematian kelapan H1N1
KUALA LUMPUR: Jumlah kematian di Malaysia akibat Influenza A (H1N1) meningkat kepada lapan orang berikutan kematian seorang ibu muda di Sarawak dan seorang guru wanita di Selangor.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyarankan supaya kesemua doktor lebih peka terhadap pesakit yang mempunyai gejala seperti selesema dan tanda-tanda pneumonia terutamanya kepada individu berisiko tinggi seperti obesiti, wanita mengandung, kencing manis, masalah pernafasan kronik dan tahap imuniti yang rendah.
"Langkah perlu mesti diambil terutamanya kepada ibu bapa, doktor dan hospital-hospital supaya jumlah kematian tidak terus meningkat," katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.Beliau berkata, doktor semestinya memberi rawatan anti-viral influenza dengan segera kepada pesakit yang mempunyai gejala terutama di kalangan individu yang berisiko tinggi itu tanpa menunggu keputusan ujian.
"Langkah perlu mesti diambil terutamanya kepada ibu bapa, doktor dan hospital-hospital supaya jumlah kematian tidak terus meningkat," katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.Beliau berkata, doktor semestinya memberi rawatan anti-viral influenza dengan segera kepada pesakit yang mempunyai gejala terutama di kalangan individu yang berisiko tinggi itu tanpa menunggu keputusan ujian.
RONALDO KE REAL MADRID
LONDON: Selepas pelbagai spekulasi mengenai Ronaldo akhirnya pemain sayap dari Portugal itu akan ke Real Madrid selepas Manchester United menerima tawaran tanpa syarat berjumlah £80 juta dari kelab Sepanyol itu semalam.
Ini merupakan tawaran yuran perpindahan paling mahal di dunia bagi Manchester United.
Keputusan itu sekali gus memberi peluang cerah kepada pemain sayap dari Portugal itu membuat perundingan peribadi dengan kelab terkemuka Sepanyol tersebut.
Dalam sebuah petikan AP sebentar tadi, Juara Liga Perdana England itu hari ini berkata, mereka telah menerima tawaran tanpa syarat bernilai 80 juta pound (RM394.58 juta) untuk Ronaldo.
MENOLAK USAHA MENERUSKAN PELAKSANAAN PENGAJARAN SAINS, MATEMATIK DAN TEKNOLOGI DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) DI PERINGKAT SEKOLAH HINGGA IPT

1. Pengendalian Persidangan Meja Bulat anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang cuba mendapatkan pandangan tentang PPSMI telah dilaksanakan secara “tidak adil” dan “laporannya” dalam akhbar juga “mengelirukan”. Tiga daripada lima orang pembentang bukannya berbicara tentang PPSMI tetapi tentang kepentingan menguasai bahasa Inggeris yang tidak pun dinafikan oleh kami. Kami bimbang akan kemunculan watak-watak “pembesar” seperti dalam cerita “Maharaja dengan Baju Barunya” yang hanya mengiyakan bahawa baju raja cantik walaupun raja sebenarnya tidak berbaju. Lagipun semasa hendak mengubah ke bahasa Inggeris dahulu tiada meja bulat pun dan tidak pun ditimbulkan tentang kesan ekonomi perbukuan bahasa Melayu. Apakah meja bulat ini hanya untuk mengaburi mata orang ramai saja kerana pengerusinya tidak dapat membuat kesimpulan secara objektif dan tepat. (Contoh pertemuan 27 Ogos 2008 yang lalu – rujuk The Star dan Utusan Malaysia 28.8.08 dan catatan wakil ASASI di www.prihatin.net).
2. Bagaimana pemimpin kerajaan boleh mempertahankan tindakan yang terang-terang melanggar Akta? Tindakan ini dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Kononnya dua mata pelajaran tetapi ternyata kini bahawa sebenarnya lebih 80% kursus di sekolah menengah dan IPT telah diajar dalam bahasa Inggeris. Ini adalah benar dan bukannya andaian palsu. Apabila ini sudah berlaku maka Akta mungkin akan dipinda atas alasan fait accompli dan hancurlah bahasa Melayu. Soalan “adakah kita mahu meneruskan PPSMI atau tidak” sebenarnya samalah maknanya dengan soalan “adakah kita mahu meneruskan usaha menghancurkan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi?” (rujuk Siri Bicara Bahasa Bil.15, 2002 terbitan PLM & DBP). Kami sedia berdebat tentang kehancuran bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini.
3. Kajian yang “lebih” jujur dan tidak berkepentingan oleh pelbagai pihak termasuk oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron dan kajian Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin di bawah payung UKM-DBP misalnya menunjukkan mereka yang di bandar dan mereka yang dari keluarga yang berpendapatan tinggi mendapat manfaat dari PPSMI manakala majoriti pelajar luar bandar lebih terdera. Dengan PPSMI jurang antara bandar dan luar bandar semakin melebar. Yang menjadi mangsa pasti majoritinya Melayu kerana mereka kira-kira 70% penduduk luar bandar dan ini amat tidak adil kerana mereka dinafikan pendidikan berkualiti.
4. Tujuan seluruh usaha ini ialah untuk meningkatkan penguasaan BI pelajar. Tetapi ini telah dilakukandengan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi. Penyelesaian ini seperti kata pepatah Melayu, lain yang luka lain yang dibebat. Tidak pernah dibuktikan di mana-mana di dunia, mengajar sains dan matematik boleh meningkatkan penguasaan bahasa. Pelaksanaan PPSMI di negara bekas jajahan British di Afrika dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Perancis di negara bekas jajahan Perancis di Afrika tidakpun memajukan negara tersebut, malah tinggal mundur dan miskin walaupun bahasa negara termaju digunakan. Hanya Amerika Syarikat, Britain, Australia dan New Zealand wajar melaksanakan PPSMI.
5. Kemungkinan besar tindakan ini untuk menutup kegagalan Kementerian dalam usaha mencari kaedah yang sesuai untuk mengajar bahasa Inggeris. Tegasnya Kementerian mestilah mencari kaedah mengajar bahasa Inggeris yang sesuai dan berkesan.
6. Kerajaan mestilah belajar dari pengalaman. Dalam tahun 60-an Kerajaan telah “mengusir” keluar tulisan jawi daripada bilik darjah. Akibatnya 40 tahun kemudian akhbar tulisan jawi menjadi tidak lagi berdaya maju, menjadi sisipan saja kepada akhbar tulisan rumi. Sekarang kerajaan sekali lagi “mengusir” keluar bahasa Melayu daripada bilik darjah “sains dan teknologi”. Kemungkinan besar 40 tahun lagi akhbar berbahasa Melayu tidak akan berdaya maju dan akan menjadi sisipan saja kepada akhbar Inggeris dan Mandarin. Pada waktu itu bahasa Melayu bukan lagi bahasa ilmu dan budaya tinggi. Sejarah akan mendera kita lagi.
7. Gesaan kami agar pihak berkuasa mengembalikan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang telah berjaya dan dipersetujui bersama-sama. Kembalikanlah kewibawaan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini sebagai penghantar sains, matematik dan teknologi di sekolah rendah, sekolah menengah dan di IPT. Jika pertukaran dilakukan di peringkat sekolah rendah sahaja, dan/atau sehingga di sekolah menengah sahaja, akan hanya merupakan tindakan “melepas batuk di tangga”. Bahasa Melayu tetap hancur di negaranya sendiri. Kesan negatif akibat PPSMI telah melarat-larat dengan keghairahan pemimpin besar dan kecil sehingga menghina dan memperkecil bahasa rasmi/bahasa kebangsaan dalam semua aspek kehidupan di negara ini sebagai bahasa rasmi, ilmu dan perhubungan di negara ini sehingga DBP pun seolah-olah sudah “mati” dan tidak berwibawa lagi.
8. Malaysia bukan England, bukan Amerika, bukan India, bukan Taiwan, bukan Singapura. Malaysia adalah Malaysia yang dahulunya Persekutuan Tanah Melayu yang sejarahnya bermula sejak sebelum kerajaan Melayu Melaka lagi. Kembalikanlah bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara kita seperti sebelum tahun 2003. Kepemimpinan Melalui Teladan. Hormatilah keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara, (Rukun Negara ke-3 dan ke-4).
9. Rancangan untuk menjadikan keputusan UPSR pada tahun ini sebagai salah satu penentu penerusan PPSMI juga amat tidak logik dan membelakangi ilmu perancangan pendidikan. Bahasa Melayu tetap hancur dan musnah akibat PPSMI, keputusan dan angka juga boleh berubah-ubah dan soalan juga masih dwibahasa.
PERHIMPUNAN GMI DESAK MANSUHKAN ISA
Baru-baru ini malaysia digemparkan dengan satu lagi perhimpunan besar-besaran selepas perhimpunan beramai2 mendesak pemansuhan PPSMI. Kali ini, perhimpunan ini diadakan lagi bagi mendesak pihak kerajaan agar memansuhkan ISA pula, Apa yang dah jadi dengan Malaysia pada masa kini, adakah ini adat budaya politik di Malaysia?Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya malu dengan apa yang terjadi, kekecohan ini telah mencalarkan nama baik Malaysia yang mana merupakan antara Negara Islam yang masih disegani oleh negara-negara yang menentang Islam. Berita mengenai perhimpunan ini bukan sahaja disiarkan di kaca televison di Malaysia sahaja,malah stesen TV Al-Jazera juga turut memaparkan rakaman kekecohan ini. .Cuba kita renungkan sejenak..mengapa sejak kebelakangan ini, politik Malaysia makin menjadi kucar kacir..adakah kita mahu menjadi seperti rakyat di negara-negara islam yang lain yang mana pada saat ini, mereka terpaksa tidur di atas tanah, berbumbungkan langit..ini semua kerana politik yang kucar kacir dan juga kesepaduan sesama Islam yang semakin hari semakin kelam..cuba anda lihat rakaman yang dipetik dari berita stesen TV Al-Jazera
klik pada link ini
Langgan:
Ulasan (Atom)
